Senarai Bantuan

Tarikh Bantuan JKM Bulan Disember 2023

Tarikh Pembayaran Bantuan JKM Bagi Bulan Disember 2023. Info mengenai tarikh & bantuan JKM penuh bagi bulan 12/2023 kini boleh disemak di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (Malaysia) JKM menyediakan pelbagai bantuan-bantuan khas bagi mereka yang memerlukan. Sila semak bantuan-bantuan yang anda boleh mohon.

Tarikh & Jadual Bantuan JKM

Bantuan-bantuan bulanan ini diperkenalkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ini telah mensasarkan kepada golongan-golongan yang layak terutamanya B40.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berikut senarai yang akan dibayar mulai 01 Disember hingga 10 Disember.

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM neger masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

11 Jenis Bantuan JKM Yang Anda Boleh Mohon

Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan ole Jabatan  Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

KADAR :

Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.

2. Elaun Pekerja Cacat

KADAR :

RM400 sebulan seorang.

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

KADAR :

RM250 seorang sebulan.

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

KADAR :

RM350 sebulan seorang.

5. Bantuan Orang Tua (BOT)

KADAR :

RM350 sebulan seorang.

6. Bantuan Am Persekutuan

KADAR :

RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

KADAR :

RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

KADAR :

RM200 sebulan seorang.

9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)

KADAR :

Maksimum RM2,700 sekaligus.

10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)

KADAR :

Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

KADAR :

  • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  • Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

Cara Permohonan Online

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri yang anda duduk
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang-borang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negeri.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Borang/ Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.

Borang Berkaitan

Semakan Status 

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Login ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Semoga berjaya dalam permohonan anda.