Bantuan Warga Emas telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak pada minggu ini. Sukacita dimaklumamkan kepada semua rakyat Malaysia, kerajaan mengumumkan Bantuan Orang Tua atau diikenali sebagai Bantuan Warga Emas bagi warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang.

Untuk Pengetahuan anda, bantuan ini dikendalikan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu warga emas di Malaysia meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Semakan Online : Tarikh Bantuan JKM Disember 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan

Ibu bapa atau warga emas yang ingin memohon bantuan mesti memenuhi semua kriteria dan syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas 60 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi purata pendapatan kemiskinan isi rumah semasa atau pendapatan garis kemiskinan (PGK) daripada purata pendapatan kemiskinan per kapita semasa
  • Warga emas yang tidak tinggal di kemudahan kendalian JKM atau pusat jagaan/kediaman yang menyediakan perkhidmatan percuma
  • Sebarang keadaan perlu mendapat kelulusan KPKM

bantuan warga emas terkini

Mohon Juga : Bantuan Tunai Kerajaan RM350 Sebulan

Cara-cara Permohonan

Proses permohonan untuk bantuan orang tua ini adalah seperti berikut:

Sila pergi ke pejabat JKM berhampiran dengan membawa borang serta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang berkaitan:

Dokumen Sokongan :

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga biasa
  • Salinan slip gaji (jika ada) dan dokumen lain yang berkaitan

jkm1 borang

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah semasa proses permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau terus ke pejabat JKM berhampiran anda.