Ramai Yang Tak Tahu Simbol Pada Remote Aircond Ini Boleh Jimatkan Elektrik

Ramai yang ingat sebelum ini, remote aircond atau alat kawalan jauh penghawa dingin hanya untuk membuat bilik berasa sejuk dengan tekan on off sahaja. Tapi yang ramai tak tahu rupa-rupanya hanya pakai remote penghawa dingin juga boleh menjimatkan tenaga elektrik.

Tidak dinafikan cuaca di Malaysia sangat panas. Walaupun cuaca panas pada waktu siang, masih dapat merasai bahangnya sehingga ke malam.

Bagaimana untuk menyejukkan ruang bilik sambil menjimatkan bil elektrik? Sebenarnya alat remote penghawa dingin boleh membantu anda.

Sejukkan Suhu Bilik

Bagi anda yang mempunyai aircond di rumah, sila gunakannya dengan berhemah dan cermat.

Untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu memahami setiap fungsi dan mod semasa yang sesuai untuk kegunaan anda.

Dry Mode dan Cool Mode

Ramai yang tidak tahu bahawa simbol pada alat kawalan jauh penghawa dingin boleh menjimatkan tenaga elektrik!

Pengguna sering keliru tentang perbezaan antara cool mode dan dry mode.

Jika alat kawalan jauh menunjukkan simbol titisan air, ini bermakna dry mode. Dan jika simbol yang dipaparkan ialah kepingan salji, ia adalah cool mode.

Untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik, anda digalakkan untuk menggunakan dry mode (simbol titisan air), kerana dengan mod ini kompresor tidak berjalan pada kelajuan maksimum untuk menyejukkan ruang.

Simbol aircond

Sensor juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana yang selesa dengan hanya 60% kelembapan di ruang udara.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lebih separuh daripada bil elektrik anda kerana dry mode ini tidak menggunakan caj eletrik yang berlebihan.

Maklumat Lain

Bagi yang tidak mempunyai aircond, anda juga boleh baca cara sejukkan rumah hanya dengan kipas.

Semoga tips ini berkesan untuk anda!