STR 2024 Fasa 1 : Tarikh & Jumlah Bayaran
STR 2024 Fasa 1 – Permohonan STR 2024 telahpun dibuka. Bagi mereka yang ingin membuat permohonan baru atau membuat kemaskini status, digalakkan untuk melakukan dengan kadar segera. Hal ini kerana tarikh anda mendaftar akan menentukan bila anda akan menerima bayaran Fasa 1 STR.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi yang telah dilakukan oleh Kerajaan membolehkan penambahbaikan dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 Fasa 1.
Jumlah Keseluruhan STR 2024
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024:
- Kategori isi rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700
- Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500
- Manakala warga emas, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750
Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 1
Berikut dikongsikan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 mengikut kategori
Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500
Bilangan Anak | Jumlah Bayaran Fasa 1 |
0 Anak | RM500 |
1 – 2 Anak | RM500 |
3 – 4 Anak | RM500 |
> 5 Anak | RM500 |
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan Anak | Jumlah Bayaran Fasa 1 |
0 Anak | RM100 |
1 -2 Anak | RM150 |
3 – 4 Anak | RM250 |
> 5 Anak | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun
Jumlah Bayaran Fasa 1 | RM150 |
Bujang Berpendapatan < RM2,500 (Berumur 21 – 59 Tahun)
Jumlah Bayaran Fasa 1 | RM100
|
Tarikh Bayaran Fasa 1
- Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat pada Februari 2024
- Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
- Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR 2024 Fasa 1
Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di Portal Rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my/