“Setiap hari kucing berak depan rumah dan penat nak buang! Ada ke cara nak hilangkan kucing liar ni, ye?”
Bagi mereka yang tinggal di taman perumahan atau kampung, pasti pernah mengalami situasi di mana kucing liar sering datang ke rumah dan meninggalkan “najis” di sekitar kawasan rumah. Jadi, satu kawasan rumah akhirnya berbau najis, dan menjadi rutin harian untuk kita membersihkan najis mereka. Sangat penat!
Norfaizah Aziz berkongsi salah satu penyelesaian di halaman Facebooknya tentang petua untuk menghalau haiwan ini menjejakkan kaki ke kawasan rumah.
Petua Halau Kucing
Berikut adalah bahan-bahan yang akan membuatkan kucing tidak berak di kawasan perumahan anda.
Bahan-bahan:
Caranya
- Hancurkan bahan-bahan belacan dan ubat gegat.
- Gaul sebati dan letakkan dalam botol kosong.
- Tebuk lubang kecil supaya baunya keluar.
Tips
Ini adalah resipi yang ayah saya berikan kepada saya untuk elakkan babii. Sebab baunya seperti kencing harimau. Saya tidak tahu bau air kencing harimau kerana ayah saya letaknya dalam kebun.
Teori saya kalau babi boleh takut kencing, mesti kucing juga. Cuba eksperimen malam tadi dan setakat ini kucing masih belum berak di atas pokok saya dan di kawasan berhampiran botol yang saya letak.
Sebelum ini ayah menggunakan minyak kibas untuk mengelakkan kerbau merosakkan pagar dan tumbuhan. Perkara yang sama dengan rasa harimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat. Cubalah dan lihat jika tips orang kampung itu berkesan.