Semakan Status Terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024).
Kerajaan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.
Ramai yang sudah buat permohonan baharu STR 2024. Ramai juga yang kemaskini maklumat untuk bantuan ini.
Jadi, masing-masing ingin mengetahui status terkini semakan STR bagi tahun 2024.
5 Kaedah Semakan Status STR 2024
Terdapat 5 cara semakan status permohonan STR iaitu;
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Cara Semakan Online
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah 1 – Klik log masuk MySTR
Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon
Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan
Langkah 5 -Klik Semakan Status
Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Status Terkini Permohonan STR 2024
Sekiranya anda adalah penerima sedia ada atau pemohon baharu STR sebelum 30 November 2023, status terkini anda dalam portal MySTR adalah sebagaimana berikut;
Maksud Status Dalam Proses
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
Status ini akan berubah kepada sama Lulus atau Tidak lulus apabila kerajaan mengumumkan tarikh rasmi semakan STR 2024 yang dijangka pada bulan Februari 2024.
Sekiranya anda menerima status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Namun sekiranya status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Syarat Kelayakan STR
Syarat kelayakan STR mengikut kategori adalah seperti berikut:
A. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
C. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Baharu STR
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3-4 – RM2,000
- Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM750
- Bil anak 3-4 – RM1,000
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,250
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
- RM600
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM350
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM350
Tarikh & Jumlah Pembayaran Pertama Bantuan STR 2024
Sebagaimana jadual yang dikeluarkan LHDNM di atas, pembayaran fasa pertama STR di jangka akan dilakukan pada bulan Februari 2024 (*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Namun, dijangkakan bayaran pertama akan dibuat pada minggu terakhir bulan Februari iaitu antara 26 hingga 29 Februari 2024. Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024 pada bulan Mac 2024.
Jumlah bayaran pertama untuk mengikut kategori adalah sebagaimana berikut;
Info dan Pertanyaan Mengenai STR
Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.
Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/