BERIKUT ADALAH JADUAL TARIKH PEMBAYARAN PENCEN BUAT PESARA AWAM BAGI TAHUN 2024

Jadual tarikh pembayaran bagi penerima pencen iaitu buat pesara awam atau waris mereka bagi tahun 2024 secara bulanan telah diumumkan di oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, di laman Facebook Bahagian Pencen JPA mereka.

Oleh itu, bagi anda yang merupakan pesara penjawat awam atau waris yang layak untuk menerima pencen tersebut, dan ingin mengetahui tarikh pembayaran pencen, anda boleh merujuk kepada jadual yang dipaparkan di bawah.

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Untuk jadual pembayaran pencen bulanan ini, berikut tarikh pembayaran secara rasmi:

BulanTarikhHariCatatan
Januari19.01.2024JumaatThaipusam
(25 Januari 2024 – Khamis)
Februari21.2.2024RabuTahun Baru Cina
(10 – 11 Februari 2024 – Sabtu&Ahad)
Mac21.3.2024Khamis
April19.4.2024JumaatHari Raya Puasa
(10 – 11 April 2024 – Rabu&Khamis)
Mei17.5.2024JumaatHari Pesta Kaamatan
(30 dan 31 Mei 2024- Khamis&Jumaat)
Jun12.6.2024RabuHari Gawai
1 dan 2 Jun 2024

Hari Raya Haji
17 dan 18 Jun 2024

Julai17.7.2024Rabu
Ogos21.8.2024Rabu
September20.9.2024Jumaat
Oktober22.10.2024SelasaHari Deepavali
(31 Oktober 2024- Khamis)
November21.11.2024Khamis
Disember18.12.2024RabuHari Krismas
(25 Disember 2024 – Rabu)

Belanjawan 2024: Insentif Awal RM 1,000 Buat Pesara Awam

Pada pembentangan belanjawan 2024, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif awal sebanya RM 1,000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Pemberian Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini telah diberikan kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Pemberian insentif awal ini akan dilakukan pada akhir bulan Februari, tahun 2024 akan datang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang insentif awal ini, anda boleh baca artikel Bayaran Insentif Awal SSPA Kepada Penjawat Awam – Belanjawan 2024

Saluran Pembayaran Pencen

Bagi pesara atau waris yang menerima pencen, berikut merupakan senarai bank yang menyediakan perkhidmatan pembayaran pencen, antaranya:

  1. Bank Muamalat (M) Berhad
  2. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  3. Bank Simpanan Nasional
  4. Affin Bank Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Public Bank Berhad
  8. Alliance Bank Berhad
  9. RHB Bank Berhad
  10. HSBC Bank Malaysia Berhad
  11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
  12. Hong Leong Bank Berhad
  13. Agro Bank Berhad

Cara Semak Penyata Bayaran Pencen

Pesara atau waris yang ingin melakukan semakan penyata bayaran pencen, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran.
  2. Masukkan no kad pengenalan, no akaun pencen, dan tahun.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Penyata bayaran pencen boleh disemak.

Bagi pesara atau waris yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan pencen, anda boleh dapatkan maklumat tersebut melalui portal Pencen JPA.

The post Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan 2024 appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *