eMadani Touch N Go: Cara Penebusan & Syarat Kelayakan

KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENEBUSAN EMADANI MELALUI APLIKASI E-WALLET TOUCHNGO (TNG).

eMadani ialah inisiatif kerajaan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang diberikan kepada rakyat malaysia yang pendapatan tahunannya berada di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih seperti:

  • MAE
  • ShopeePay
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet​​.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program eMadani ini, seperti cara permohonan dan syarat kelayakan untuk melakukan penebusannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

eMadani TouchNGo (TNG)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, program eMadani merupakan salah satu nisiatif kerajaan MADANI, yang berada di bawah kerangkaEkonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Program ini dijalankan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan mereka dan sekali gus meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini dijangkakan mampu memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Wallet.

Antara salah satu perkhidmatan e-Wallet terlibat adalah TouchNGo (TNG). Apabila anda menebus eMadani bersama TNG ini anda berpeluang untuk memperoleh baucar tambahan bernilai lebih daripada RM500 untuk menjimatkan lebih banyak bil, barangan runcit, F&B, membeli-belah dan banyak lagi.

emadani tng

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan pendaftaran eMadani TouchNGo ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
  • Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) atau berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun berdasarkan rekod LHDN pada 31 Julai 2023

Mereka yang mempunyai kriteria di bawah TIDAK LAYAK untuk menebus RM100 eMADANI:

  • Pekerja kali pertama yang tidak memfailkan cukai mereka dengan LHDN
  • Pesara yang berhenti memfailkan cukai dengan LHDN
  • Menganggur, melainkan mereka adalah penerima Sumbang Tunai Rahmah (STR)
  • Dahulu berpendapatan lebih daripada RM100,000 setahun, tetapi kini gaji tahunan telah dikurangkan kepada bawah RM100,000.
emadani

Tempoh Penebusan eMadani TouchNGo

Setelah anda pasti bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan di atas anda perlu memastikan permohonon dan penebusan eMadani yang diterima dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan seperi di bawah:

  • Permohonan & Tuntutan:
    • Dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 sahaja.
    • Permohonan dan tuntutan boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  • Penebusan eMadani
    • Bantuan RM100 hanya sah digunapakai sehingga 29 Februari 2024​ sahaja.

Cara Tuntutan eMadani TouchNGo

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi TouchNGo:

  • Semak kotak “Terma & Syarat” dan klik “Tuntut Sekarang.”
  • Pastikan “Nama Penuh” dan “No. My Kad” anda betul, tandakan kotak “T&S,” kemudian klik “Teruskan.”
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar” untuk lengkapkan permohonan.
  • Tunggu pemberitahuan kami mengenai kemaskini status permohonan.
emadani touchngo

Anda boleh tonton video di bawah untuk penerangan berkenaan cara penebusan eMadani TouchnGo yang lebih jelas:

Solan Lazim

The post eMadani Touch N Go: Cara Penebusan & Syarat Kelayakan appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *