eMadani : Cara dan Syarat Kelayakan Penebusan RM100

eMadani ialah inisiatif kerajaan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang diberikan kepada rakyat malaysia yang pendapatan tahunannya berada di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program eMadani ini, seperti cara permohonan dan syarat kelayakan untuk melakukan penebusannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu eMadani?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, program eMadani merupakan salah satu nisiatif kerajaan MADANI, yang berada di bawah kerangkaEkonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Program ini dijalankan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan mereka dan sekali gus meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini dijangkakan mampu memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Wallet di bawah:

emadani

Syarat Kelayakan eMadani

Bagi anda yang berminat untyk memohon dan menebus bantuan RM100 eMadani ini anda perlu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas pada 2023.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah atau individu dengan pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
  • Perlu melalui proses verifikasi identiti elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia e-dompet pilihan.
  • Penerima eBeliaRahmah TIDAK LAYAK menerima bantuan ini​​.

Tempoh Permohonan & Penebusan

Setelah anda pasti bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan di atas anda perlu memastikan permohonon dan penebusan eMadani yang diterima dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan seperi di bawah:

  • Permohonan & Tuntutan:
    • Dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 sahaja.
    • Permohonan dan tuntutan boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  • Penebusan eMadani
    • Bantuan RM100 hanya sah digunapakai sehingga 29 Februari 2024​ sahaja.

Cara Permohonan eMadani

Anda boleh melakukan permohonan atau tuntutan eMadani ini dengan mengikuti kaedah di bawah:

eMadani

Proses Verifikasi

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut
  • Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC)
  • Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”
  • Langkah 5: Anda akan menerima notifikasi daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sekiranya tuntutan berjaya 

*NOTA:

  • Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang eMadani ini, anda boleh terus ke laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau hubungi pihak e-Wallet terlibat di bawah:

  1. MAE
  2. Setel
  3. ShopeePay
  4. Touch ‘n Go

The post eMadani : Cara dan Syarat Kelayakan Penebusan RM100 appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *