PENTING: CARA DAFTAR LHDN BAGI PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN 2023 TAHUN HADAPAN

Kedatangan tahun baru yang semakin hampir menandakan tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai juga semakin dekat. Jadi sudahkah anda bersedia dan berdaftar dengan LHDN?

Jika belum, pastikan anda terus bersama kami. Kerana, di artikel ini kami akan menjelaskan serba sedikit tentang cukai pendapatan dan cara mendaftar LHDN bagi memudahkan anda untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Apa itu Cukai Pendapatan?

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

  • Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;
  • Laba / keuntungan daripada penggajian;
  • Dividen, faedah atau diskaun;
  • Sewa, royalti atau premium;
  • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
  • Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Siapa Perlu Bayar Cukai?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Cara Daftar Cukai LHDN

Pendaftaran akaun LHDN boleh dilakukan secara atas talian atau manual. Secara atas talian boleh dilakukan melalui aplikasi e-Daftar di EZ Hasil dengan cara di bawah:

Untuk pendaftaran secara manual pula boleh dilakukan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan dengan anda.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar LHDN

Jika anda mendaftar LHDN secara ATAS TALIAN (ONLINE) anda hanya perlu menyediakan dua dokumen sahaja, iaitu:

  1. Passport bagi bukan warganegara
  2. Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan).

Manakala, jika anda melakukan pedaftaran secara MANUAL anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut bersama anda:

  1. Borang CP600 
  2. Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot) 
  3. Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan) 
  4. Penyata pendapatan/slip gaji 

Senarai Pelepasan Cukai 2023

Berikut adalah senarai pelepasan cukai yang dimaklumkan oleh LHDN bagi e-filing tahun 2024 akan datang:

cara daftar lhdn

Maklumat Lanjut

Jika terdapat persoalan atau masalah berkenaan cukai pendapatan atau pendaftaran akaun ini anda boleh terus hubungi pihak berkaitan melalui:

Baca juga:

The post Cara Daftar LHDN Untuk Lapor Cukai Pendapatan 2023 appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *