Sulung 2.0 : Pengecualian Yuran Buat Wakil Pertama Keluarga B40

Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 merupakan satu program di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang dilaksanakan bagi membantu anak pertama daripada keluarga B40 yang berjaya menjadi wakil pertama keluarga ke IPTA.

Program ini, memberi bantuan dari segi kewangan, di mana pelajar yang berkelayakan akan menerima pengecualian pembayaran yuran. Ia dapat memudahkan pelajar agar mereka tidak perlu lagi menanggung beban hutang pinjaman yang tinggi.

Jika anda ingin mengetahui lebih lagi tentang program bantuan pendidikan dibawah KPT ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

sulung-2.0

Apa itu Sulung 2.0?

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) 2.0 merupakan program yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pelaksanaan Program Sulung 2.0 ini adalah untuk menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga yang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam.

Bagi program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta dan akan memanfaatkan seramai 10,000 mahasiswa untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke universiti awam di Malaysia.

Sebahagian besar yuran pengajian ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan di bawah program ini termasuklah tawaran biasiswa, yuran kediaman, sesi mentoring sehingga berjaya mendapat pekerjaan dan pelan data internet bagi tujuan pengajian.

Program Sulung 2.0 ini dijalankan bertujuan untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan yang inklusif dan menyokong transformasi sosial bagi membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga B40 ke satu tahap yang lebih baik agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Berikut adalah antara manfaat yang bakal diperoleh jika anda menerima bantuan ini:

Sulung 2.0
Sumber: MOHEOfficial

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi individu yang ingin melakukan permohonan bagi bantuan Sulung 2.0 ini ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sedang dan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang pengajian di Universiti Awam terlibat.
  3. Anak pertama dalam keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
  4. Memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 3.0 ke atas
  5. Bukan merupakan penerima biasiswa penuh pengajian daripada mana-mana pihak (Tidak termasuk peminjam PTPTN, pinjaman boleh ubah/zakat dan lain-lain bantuan kewangan berbentuk biasiswa penuh)

Kaedah Permohonan

Kaedah permohonan bagi program Sulung 2.0 ini adalah bergantung kepada IPTA pemohon. Jadi sila pastikan anda merujuk pada universiti anda bagi melakukan sebarang permohonan.

Berikut merupakan beberapa poster mengenai permohonan untuk SULUNG 2.0 dari beberapa universiti:

1. Universiti Malaya

um sulung

2. USIM

USIM

3. UTHM

SULUNG

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2024: Jumlah & Tarikh Pembayaran

The post Sulung 2.0 : Pengecualian Yuran Buat Wakil Pertama Keluarga B40 appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *