Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, anda dikehendaki melengkapkan borang penyertaan yang disediakan.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi. Jadi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini untuk mengetahui lebih lagi tentang program ini.

MyLesen B2 2024

Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang dijalankan bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Melalui program ini, belia berkelayakan boleh mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) yang seterusnya mampu membantu mereka membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.) bagi 9,000 orang peserta

Penyertaan ditawarkan hanya kepada penerima bantuan Kerajaan seperti:

  • eKasih
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Zakat
  • Baitulmal
  • Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)

Kuota Peserta

Bagi tahun 2024 ini, kuota peserta yang layak untuk mengikuti program MyLesen B2 ini adalah seramai 35, 000 PESERTA SAHAJA.

Jadi, bagi anda yang betul-betul berminat pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai program ini.

mylesen-b2

Tujuan Program MyLesen B2

Program MyLesen B2 ini dijalankan dengan tujuan berikut:

mylesen-b2

Syarat Permohonan

Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk program bantuan MyLesen B2 2024 ini:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
  4. Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
  5. Sihat tubuh badan dan mental;
  6. Belum memiliki sebarang Lesen Memandu; dan
  7. Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah

NOTA: Peserta yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan emel

Terma & Syarat Penyertaan

Bagi anda yang ingin memohon subsidi MyLesen B2 ini anda perlu pastikan anda memenuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan di bawah:

1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.

2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.

3. Sihat fizikal dan mental.

4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.

5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.

7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.

10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.

11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024

Cara Permohonan MyLesen B2

Bagi anda yang berminat dengan program ini anda boleh dapatkan borang permohonan secara atas talian dengan scan kod QR yang disediakan di bawah:

mylesen-b2

ATAU;

Anda boleh menekan pautan Google Form di sini: link

*NOTA: Setelah berjaya memperoleh borang tersebut, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Baca juga: Renew Lesen GDL : Kaedah Dan Syarat Pembaharuannya

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: mylesenb2@jpj.gov.my atau merujuk kepada pautan FAQ berkaitan Program ini di bawah:

The post MyLesen B2 2024: Cara Permohonan & Syarat Kelayakan appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *