Kurikulum Persekolah 2027 merupakan kurikulum pendidikan yang dirangka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan pendekatan baharu, yang bakal dilaksanakan pada tahun 2027.
Kerangka persekolahan baharu ini, merupakan usaha KPM untuk menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia, di mana melalui pendekatan baharu ini, kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi akan digabungkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaksanaan Kurikulum 2027 ini. Pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Kurikulum 2027?
Kurikulum 2027 merupakan rangka persekolahan baharu yang telah ditambahbaik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan melalui kerangka pendidikan ini KPM telah memperkenalkan tiga pendekatan baharu bagi tahun 2027.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rekabentuk kurikulum persekolahan baharu ini akan menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi.
Berikut adalah sedikit penerangan berkenaan kurikulum-kurikulum ini:
- Kurikulum Berasaskan Standard: menetapkan sasaran yang harus dicapai oleh murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai tertentu serta tahap tertentu
- Kurikulum Berorientasikan Kompetensi: menekankan keberhasilan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap berasaskan standard yang ditetapkan. Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelejaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.
Matlamat Kurikulum 2027
Matlamat kurikulum ini dijalankan adalah:
- Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
- Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
- Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
- Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
- Berdaya saing pada peringkat global.
Keperluan Perubahan Dalam Dunia Pendidikan
Secara ringkasnya, perubahan dalam dunia pendidikan yang dibawa dan diperkenalkan dalam kurikulum 2027 ini diperkenalkan kerana:
- Sesi Libat Urus, Resolusi Persidangan Tinjauan dan Kajian Kurikulum
- Kurikulum fleksibel, relevan dan kontekstual untuk mencapai budaya pendidikan sepanjang hayat.
- Membentuk generasi yang memiliki growth mindset dan warga berdaya tahan.
- Dasar Negara, Teori Perkembangan & Aspirasi Murid
- Pembangunan kurikulum berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Pendidikan Digital.
- Fokus pembelajaran perlu selari dengan kematangan usia dan perkembangan pemikiran kanak-kanak.
- 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025 disesuaikan dengan keperluan masa akan datang.
- Trend Global, Pentaksiran Antarabangsa & SDG
- Elemen kompetensi dalam kurikulum pendidikan.
- Mengatasi kemiskinan pembelajaran: TIMSS, PISA
- Kesedaran dan tanggungjawab terhadap ekonomi, sosial dan persekitaran.
- Malaysia Madani & Teras Utama KPM
- Konsep Malaysia Madani dan Karamah Insaniah dalam
- pembentukan karakter generasi akan datang
Tarikh Pelaksanaan
Untuk pengetahuan ibu bapa, guru dan para pelajar, pelaksanaan Kurikulum 2027 ini akan dilakukan bermula pada:
- Tahun 2026 : Pelajar Pra Sekolah
- Tahun 2027 : Pelajar Tahun 1 & Tingkatan 1
Pendekatan Baharu Kurikulum 2027
Dalam Kurikulum 2027 yang diperkenalkan oleh KPM ini terdapat tiga (3) pendekatan baharu yang diperkenalkan iaitu:
1. PEMBENTUKAN KARAKTER
- Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera.
- Berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi agar murid bersedia dan berfikiran positif dalam pembelajaran.
- Bermula dari Prasekolah sehingga ke peringkat Menengah Atas.
- Slot masa yang khusus dalam jadual waktu.
2. PENEKANAN KEPADA LITERASI DAN NUMERASI
- Memastikan murid seawal persekolahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
- Intervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
- Meningkatkan kesediaan mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.
3. KELAS PEMBELAJARAN BERSEPADU
- Bermula di sekolah rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu.
- Pendekatan PdP yang menggabungkan kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin ilmu ke arah pengalaman pembelajaran bermakna.
- Pembelajaran murid menjadi lebih holistik, relevan dan berhubung kait dengan dunia sebenar.
Tahap Persekolahan 2027
Tahap persekolahan yang diperkenalkan bagi kurikulum 2027 juga mempunyai sedikit perubahan, di mana jika sebelum ini hanya lima (5) tahap persekolahan sahaja, namun bagi kurikulum baharu ini enam (6) tahap persekolahan telah diperkenalkan.
Berikut ialah enam (6) tahap persekolahan baharu yang akan diperkenalkan dan digunapakai pada tahun 2027 nanti:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat tambahan berkenaan Kurikulum Persekolahan 2027 ini anda boleh dapatkannnya di laman sosial KPM di bawah:
- Facebook: Kementerian Pendidikan Malaysia
- Twitter: KPM
ATAU;
Anda boleh baca dokumen pengenalan yang disediakan KPM di bawah:
The post Kurikulum 2027 : Pendekatan Baharu Dalam Pendidikan Malaysia appeared first on SEMAKAN ONLINE.