Dasar Pendidikan Digital merupakan satu dasar yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi melahirkan generasi fasih teknologi. Hal ini demikian kerana, pada zaman sekarang, kemahiran teknologi sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara.

Pendidikan digital bukan sekadar tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ia lebih dari itu; ia melibatkan pengintegrasian pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berkaitan dengan teknologi digital secara kreatif dan inovatif.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang Dasar Pendidikan Digital ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke hujung artikel ini.

Apa itu Dasar Pendidikan Digital?

Kepentingan Pendidikan Digital telah menyebabkan KPM mengambil keputusan untuk mewujudkan Dasar Pendidikan Digital (DPD). Dasar ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan generasi yang tidak hanya fasih dalam teknologi digital, tetapi juga mampu bersaing di peringkat global.

Tujuan lain DPD ini dijalankan adalah untuk melahirkan generasi yang fasih dalam digital, yang mampu menggunakan teknologi bukan hanya untuk belajar, tetapi juga untuk mengatasi cabaran masa depan.

Dasar ini juga digubal agar sejajar dengan pelbagai agenda nasional termasuklah konsep Membangun Negara MADANI, Rangka Tindakan MyDIGITAL, 4IR Negara, JENDELA, PPPM 2013–2025 dan DSTIN 2021–2030 untuk memastikan usaha yang berstruktur dan terancang bagi mendepani cabaran 5IR.

Sumber: Bernama-Twitter

Objektif DPD

Objektif Dasar Pendidikan Digital ini ialah:

  1. Melahirkan murid fasih digital untuk memenuhi era digital
  2. Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan
  3. Memperkukuhkan infostruktur, infrastruktur dan kandungan pendidikan digital
  4. Mengoptimumkan penglibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.

Kepentingan DPD

Dasar Pendidikan Digital ini amat penting dalam pendidikan zaman sekaran kerana ia membantu dalam:

  1. Meningkatkan tahap kebestarian sekolah yang saat ini masih pada tahap sederhana.
  2. Mengatasi cabaran seperti kekurangan infrastruktur yang memadai dan isu tadbir urus.
  3. Meningkatkan kompetensi digital murid yang masih berada pada tahap sederhana.
  4. Menangani kekurangan dalam kapasiti pengkomputeran dan peranti digital di sekolah.
  5. Mengatasi cabaran PdP yang timbul akibat pandemik COVID-19.

Hala Tuju

Hala tuju DPD adalah untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing. Oleh itu, strategi dan inisiatif disusun agar sejajar dengan objektif DPD, iaitu:

  • Membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital;
  • Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan;
  • Memperkukuh infrastruktur, infostruktur dan kandungan pendidikan digital; dan
  • Mengoptimumkan pelibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital.

Teras Dasar Pendidikan Digital

Berikut merupakan enam (6) teras dan strategi Dasar Pendidikan Digital :

  1. Murid fasih digital
  2. Pendidik kompeten digital
  3. Budaya kepemimpinan digital berwawasan,
  4. Pengupayaan infrastruktur dan infostruktur
  5. Kandungan digital berkualiti
  6. Rakan strategik yang komited
Dasar Pendidikan Digital

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan Dasar Pendidikan Digital ini anda boleh baca dokumen di bawah yang disediakan KPM:

The post Dasar Pendidikan Digital – Kepentingan & Teras Pendidikan appeared first on SEMAKAN ONLINE.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *