Semakan Status STR 2024 – Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh memohon untuk tahun 2024 mulai 1 November 2023. Sila pastikan anda telah menyemak status permohonan anda atau membuat permohonan baru jika belum. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan lengkap.
Kadar Bantuan & Semakan Status STR 2024
Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
Warga Emas Bujang
- RM600
Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
STR 2024 : Jadual & Kadar Bayaran Fasa 1
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1-2 anak : RM500
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM500
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
- Tiada anak : RM100
- 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150