Senarai Bantuan

Pengeluaran Khas Sebahagian KWSP 2024 Yang Dibenarkan

Pengeluaran Khas Sebahagian KWSP 2024 Yang Dibenarkan. Kepada ahli yang memerlukan asalkan memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan. Kwsp telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran untuk memberi manfaat kepada ahli.

Pengeluaran Khas Sebahagian KWSP

Bagi yang terlepas, sebenarnya pencarum boleh membuat pengeluaran melalui akaun 1 dan akaun 2 pada bila-bila masa asalkan mereka layak. Kumpulan wang simpanan pekerja bersetuju untuk meneruskan pemberian kemudahan khas ini kepada pencarum pada tahun ini.

Pengeluaran separa dan penuh boleh dibuat untuk tujuan peribadi tertentu melalui akaun 1 dan akaun 2. E-pengeluaran khas kwsp ini boleh dihantar secara dalam talian sepanjang tahun.

Syarat Kelayakan

Dibawah adalah beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi melakukan e-pengeluaran KWSP Sebahagian seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau berstatus penduduk tetap
  • Ahli/ Pencarum KWSP
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun maksimum pengeluaran
  • Kriteria syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke dalam akaun rakan strategik KWSP.

Senarai Jenis Pengeluaran

Setiap pencarum KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh membuat pengeluaran sebahagian untuk tujuan peribadi seperti dibawah :

  • Pendidikan
  • Rawatan kesihatan
  • Umur 50 tahun
  • Beli rumah
  • Bina rumah
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman rumah
  • Perumahan PR1MA
  • Perumahan fleksibel
  • Haji (Beragama Islam)
  • Simpanan melebihi 1 juta

Diatas adalah merupakan senarai jenis pengeluaran bersyarat sebahagian yang boleh dilakukan pada tahun ini oleh ahli yang memerlukan.

Cara Mohon

Kepada yang berkeperluan, kemudahan ini memberi manfaat dan impak positif kepada ahli. Sebagai contoh anda membuat pengeluaran sebahagian untuk tujuan perumahan, ianya adalah merupakan aset penting bagi perancangan masa hadapan yang ada perlukan.

Epengeluaran KWSP ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada anda berada. Panduan lengkap cara pengeluaran telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):