Tarikh Pembayaran Bantuan JKM Bagi Bulan Januari 2024. Untuk makluman, bayaran bantuan adalah berbeza mengikut setiap negara bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat pejabat Kebajikan masyarakat daerah / jajahan / bahagian di seluruh negara.
Bantuan JKM 2024
Bantuan-bantuan bulanan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berikut senarai yang akan dibayar mulai 01 Oktober hingga 10 haribulan:
Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM neger masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Januari 2024.
11 Jenis Bantuan JKM
Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan ole Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
KADAR
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.
2. Elaun Pekerja Cacat
KADAR
RM400 sebulan seorang.
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
KADAR
RM250 seorang sebulan.
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
KADAR
RM350 sebulan seorang.
5. Bantuan Orang Tua (BOT)
KADAR
RM350 sebulan seorang.
6. Bantuan Am Persekutuan
KADAR
RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
KADAR
RM200 sebulan seorang.
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.
10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
KADAR
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
KADAR
- Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
- Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Cara Mohon
- Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
Borang Berkaitan
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Semakan Status Permohonan
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
- Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
- Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
- Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Semakan Bayaran Diterima
Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Januari 2024, ikuti langkah-langkah seperti berikut;
1. Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
2. Masukkan no kad pengenalan
3. Masuk no akaun bank
4. Klik carian berdasarkan no. akaun bank
5. Pilih tarikh semakan. Conto; 1/1/2024 sehingga 31/1/2024
6. Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan sebagaimana di bawah;
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):