BAYARAN BANTUAN E-WALLET RM300 DIKREDITKAN SETIAP BULAN

Bantuan e-Wallet RM300-Kerajaan negeri sedang meneliti data-data yang terkumpul melibatkan rakyat yang terkesan sepanjang Covid-19 menyerang negara kita di Malaysia.

Oleh itu, kerajaan negeri telah merangka satu strategori dan skim program yang boleh diberikan bantuan kepada rakyat yang layak untuk dibantu terus bangkit selepas pasca COVID 19

Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian Bantuan e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

BANTUAN E-WALLET RM300 – SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor
4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
5. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
6. Bantuan e-wallet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Bantuan e-Wallet RM300

Bantuan e-Wallet RM300-Manfaat Bantuan Bingkas

Dengan bingkas bantuan selangor yang disalurkan ini, anda boleh gunakan dan belanjakan melalui aplikasi selangkah selangor.

•Anda akan dapat duit bingkas bantuan RM300 pada setiap bulan dan RM3600 setahun yang anda gunakan untuk shopping barang di shooping mall ataupun kedai di selangor
•Bantuan cashlesss RM300 boleh digunakan di mana sahaja di Selangor
•Antara barang keperluan yang boleh dan dibenarkan untuk dibelanjakan menggunakan selangkah ewallet adalah seperti gambar di bawah ini:

Bantuan e-Wallet RM300

Bantuan e-Wallet RM300-Cara Membuat Permohonan

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

• Salinan Kad Pengenalan yang disahkan (untuk diri sendiri dan/atau pasangan anda)
• Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
• Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
• Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
• Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
• Bagi tujuan pengesahan pendapatan, anda perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Ketua Komuniti yang berkenaan, seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung. Surat ini adalah untuk mereka yang menjalankan perniagaan sendiri atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/