Senarai Bantuan

Terkini : 1.4 juta Ahli KWSP Mula Kreditkan RM500 Secara One – Off

Terkini : 1.4 juta Ahli KWSP Mula Kreditkan RM500 Secara One – Off. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.

RM500 KWSP

Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, insentif caruman RM500 sekali beri ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai

simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

“Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” kata pengurus dana persaraan pekerja swasta itu.

Sumber: beritaharian

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.