STR 2024 : Berikut Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

STR 2024 Fasa 1

Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun

Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak)

Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024

Bayaran STR akan disalurkan 4 kali setahun mengikut kategori kelayakan seperti di bawah, di mana tarikh penyaluran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Tarikh Bayaran STR 2024

  • Fasa 1 : Februari 2024 (dijangka akan mula disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jumlah Bayaran STR 2024

Fasa permohonan yang anda lalui menentukan kelayakan pembayaran str anda untuk 2024. Kelayakan pembayaran str 2024 adalah berdasarkan fasa permohonan tersebut.

Untuk makluman, penerima str akan mendapat bayaran berperingkat berdasarkan kategori kelayakan mereka bagi setiap fasa permohonan.

Untuk permohonan str 2024 fasa 1, berikut adalah amaun kelayakan yang ditetapkan:

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)

  • Tidak mempunyai anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Jika pendapatan bulanan mereka tidak melebihi RM2500, bujang berusia 21 hingga 59 tahun atau OKU berusia 19 hingga 59 tahun layak untuk mendapat bantuan kewangan sebanyak RM150.
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):