Berikut Cara Mohon & Syarat Kelayakan : Rumah Mesra Rakyat 2024

Berikut Cara Mohon & Syarat Kelayakan : Rumah Mesra Rakyat 2024. Kerajaan malaysia dan syarikat perumahan negara berhad bersetuju meneruskan bantuan projek pembinaan rumah yang diberikan khususnya kepada golongan b40 & m40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Rumah mesra rakyat (rmr) memperuntukkan rumah bernilai rm 75,000 hingga rm 85,000. Dengan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan bawah rm5,000 sebulan, lebih 58,000 rumah telah berjaya disiapkan sepanjang tempoh bantuan ini.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah dibawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Kelayakan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 – 65 tahun
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Nota

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat

Cara Memohon

  • Kaedah memohon:
    1. Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR
    2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
    3. Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon
    4. Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
    5. Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem
    6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
    7. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
    8. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
    2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
    3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
    4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
    5. Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
    6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
    7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
    8. Salinan sijil nikah pemohon
    9. Borang laporan tapak bergambar

      Nota

      • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
      • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
      • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
      • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

       

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari – https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):