Rumah Mesra Rakyat 2024 – Kerajaan Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 58,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Rumah Mesra Rakyat 2024

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan RMR ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah ini.

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat 2024

Harga RMR adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga bantuan bina RMR mengikut negeri:

Rumah Mesra Rakyat 2024

Keluasan RUMAH 750 KPS (SEMENANJUNG)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300

Rumah Mesra Rakyat 2024

Keluasan Rumah 750 KPS (PULAU DI SEMENANJUNG)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pinjaman: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM350

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMR :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan