Bantuan Warga Emas RM500 Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan warga emas masih diteruskan untuk tahun 2024. Untuk pengetahun anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai bantuan ini.

Bantuan Warga Emas RM500

Bantuan Warga Emas ini diberikan bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.

Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas - JKM

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

Mereka yang ingin memohon bantuan warga emas tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmaran secara percuma
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

NOTA: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

TERKINI: Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Cara Mohon Bantuan Warga Emas

Cara permohonan bantuan warga emas adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

Dokumen Sokongan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

INFO: Setiap permohonan bantuan warga emas yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Maklumat Lanjut Bantuan Warga Emas

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut dalam membuat permohonan bantuan warga emas, anda boleh menghubungi JKm di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.