Senarai Bantuan

Senarai Penuh Penerima Bantuan BAP RM150 Dikreditkan One-Off Bulan Ini

Senarai Penuh Penerima Bantuan BAP RM150 Dikreditkan One-Off Bulan Ini. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya melalui bajet 2024 yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Antaranya apabila kerajaan bersetuju meneruskan bantuan awal persekolahan (bap).

Bantuan BAP

Bantuan awal persekolahan (bap) merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan anak-anak untuk kembali ke sekolah.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak rm150 dan akan diberikan secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak. Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan kepada setiap pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Oleh itu, setiap kanak-kanak yang bersekolah layak menerima rm150 seorang. Jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima bap sebanyak rm450.

Syarakat Kelayakan

  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah seperti berikut:
    1. Murid warganegara Malaysia;
    2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
    3. Murid bersekolah di:
      • Sekolah Kerajaan (SK);
      • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
      • Sekolah Agama;
      • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
      • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
      • Sekolah Integriti; dan
      • Sekolah Henry Gurney.

Tarikh Bayaran

Berdasarkan kenyataan kementerian pendidikan (kpm), bap akan melibatkan peruntukan sebanyak rm788,130,000 dan akan mula dibayar pada januari 2024 melalui sekolah masing-masing.

Kaedah pembayaran adalah secara tunai atau kredit terus ke akaun pelajar.

“kpm percaya bap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan peralatan anak-anak untuk sesi persekolahan akan datang,” memetik kenyataan kpm.

Pada masa sama, kerajaan turut menambah peruntukan rancangan makanan tambahan (rmt) kepada rm784 juta berbanding rm625 juta tahun lalu.

Elaun pelajar berkeperluan khas turut dinaikkan dengan memperuntukkan rm199 juta berbanding rm181 juta tahun sebelumnya.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):