Pengeluaran Penuh KWSP Melalui Akaun 1 & 2 Yang Dibenarkan

Pengeluaran Penuh KWSP Melalui Akaun 1 & 2 Yang Dibenarkan. Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Pengeluaran Penuh KWSP

1. Pengeluaran Umur 55

Untuk makluman, setelah ahli mencapai umur 55 tahun caruman yang diterima ke dalam simpanan akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55. Ahli yang telah mencapai umur 55 boleh membuat pengeluaran secara sebahagian atau penuh simpanan pada bila-bila masa.

2. Hilang Upaya

Bagi ahli yang hilang upaya sama ada secara fizikal atau mental sehingga menghalang mereka bekerja, mereka boleh membuat pengeluaran penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2. Pihak KWSP juga akan memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban mereka.

3. Persaraan Yang Selesa Bagi Penjawat Awam

Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) membolehkan ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf berpencen untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka.

4. Meninggalkan Negara

Untuk ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

5. Kematian

Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

6. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

Semak dan Cara Mohon

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP secara sebahagian atau kesemua, anda boleh semak syarat kelayakan dan cara mohon secara online. Untuk permohonan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):