RM700 Juta Untuk 700,000 Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditambah baik oleh Kerajaan dan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Berikut merupakan info yang anda perlu tahu mengenai Program SARA 2024:

Bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin)
  • Penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih
  • Peningkatan kadar bantuan Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan kepada RM1,200 (2023: RM600) dan Bujang kekal RM600
  • Penerima boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar

Semakan Kelayakan Status

Semakan status kelayakan & soalan lazim:
Mekanisme pelaksanaan:
https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024