Bantuan Tambahan RM1000 Bagi Penerima STR

Bantuan Tambahan RM1000 Bagi Penerima STR. Untuk makluman, inisiatif khas ini diperkenalkan adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Tahukah anda, sekiranya anda adalah penerima bantuan tunai STR 2023, bantuan tunai RM1000 secara one-off ini layak untuk anda dapatkan. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan maklumat mengenainya. Ikuti perkongsian dibawah.

Bantuan Tambahan RM1000

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah satu skim bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun 2023 (1 Januari 2023 – 31 Disember 2023).

Untuk makluman, bantuan SKK ini dikendalikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN). Maklumat ini perlu diketahui oleh semua penerima STR kerana dengan adanya insentif ini dapat membantu memudahkan urusan jika berlaku kematian kepada penerima STR.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan insentif SKK RM1,000 one-off ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR bagi kategori isi rumah, warga emas bujang (tiada pasangan)
  • Meninggal dunia pada tahun 2023/ 2024
  • Bantuan SKK boleh dituntut waris yang didaftarkan oleh pemohon atau pasangan yang telah meninggal dunia
  • Pasangan yang (Bukan) warganegara Malaysia tidak layak dapatkan SKK ini
  • Pewaris yang didaftarkan dalam borang permohonan STR sahaja.

Tempoh Tuntutan

Untuk makluman anda semua, tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) telah boleh dikemukakan bermula 1 Januari 2023 dan tarikh akhirnya adalah :

  • 31 DISEMBER 2024

Cara Mohon

Kepada yang berkelayakan (Meninggal dunia), waris boleh membuat tuntutan SKK bernilai RM1000 sevara one-off ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – SKK STR

Bagi memudahkan urusan semakan, waris perlu sediakan dokumen penting berikut :

  • Salinan/ asal sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
  • Salinan/ asal kad pengenalan atau sijil lahir waris
  • Dokumen sebagai bukti pertalian darah antara waris dan si mati.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):