Permohonan Bantuan MyLesen : Lesen Memandu Percuma 2024 Kini Dibuka

Bantuan Lesen 2024 (MyLesen) – Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan meneruskan Program MyLesen B2 bagi tahun 2024.

Program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen tahun 2024 adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia(KPM) untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan.

Namun begitu, program bantuan MyLesen kali ini terhad kepada hanya 35,000 orang dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu 2024

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 tahun ke atas
  3. Sihat tubuh badan dan mental
  4. Belum memiliki sebarang lesen memandu
  5. Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
  6. Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
  7. Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Borang Pendaftaran Online Bantuan Lesen Memandu

Untuk mendaftar sila scan QR code dalam poster di bawah atu klik “MOHON SEKARANG” melalui pautan yang disediakan:

 

Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024 Kini Dibuka

Maklumat Lanjut Bantuan Lesen Memandu

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh dikemukakan di alamat emel mylesenb2@jpj.gov.my atau di talian 03-8892 8714 / 8693