Bantuan Tunai RM500 Telah Mula Dikreditkan Pada Penerima. Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR ) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR Fasa 1
Bagi pembayaran STR Fasa 1 bagi tahun 2024 ini, berikut adalah maklumat kategori penerima dan kadar yang layak:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM500
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM150
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan satu kenyataan baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran STR Fasa 1 akan bermula Isnin ini (29/1/2024).
Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ )
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):