Ini merupakan beberapa info terkini mengenai pembayaran STR Fasa 1 2024 melalui kredit akaun ke dalam akaun CIMB Bank.
Sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.
Seramai 8.2 juta penerima STR yang lulus menerusi semakan permohonan fasa pertama bakal menerima bantuan tunai sehingga RM500.
Tarikh Pembayaran
Untuk fasa 1 2024, tarikh pembayaran secara rasminya adalah secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 (Isnin)
Ramai yang ternanti-nantikan pembayaran STR fasa 1 melalui CIMB kerana yang menggunakan akaun sudah BSN masuk awal kali ini.
Semakan Dahulu Status Kelayakan
Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui;
- Layari laman sesawanghttps://bantuantunai.hasil.gov.my/atau
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Permohonan
Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan Fasa 1 dan juga jumlah layak keseluruhan sebagaimana contoh berikut;
Bagi yang layak Str Fasa 1, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
CIMB Dah Masuk?
Beberapa rakan netizen memaklumkan sudah menerima bayaran STR Fasa 1 melalui CIMB pada 29 Januari 2024 secara berperingkat.
Berikut adalah beberapa screen shot (tangkap layar) perkongsian mereka.
Untuk makluman, pembayaran STR fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak CIMB.
Penerima yang belum mendapat bayaran STR, dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet CIMB Clicks atau Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB Bank.
Semakan secara perbankan melalui CIMB Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
Kenapa Duit STR Lambat Masuk?
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.
Dengan lebih 8.2 juta penerima STR bagi fasa 1 tahun ini, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.