Bantuan Bina Rumah Untuk B40 & M40 – Kerajaan Malaysia Madani dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Bantuan bina rumah ini adalah bantuan Rumah Mesra Rakyat(RMR) yang memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 85,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Bantuan bina rumah yang telah berjaya dilaksanakan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2023

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan RMR ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Ciri-Ciri RMR 2023

Harga RMR adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga bantuan bina RMR mengikut negeri:

Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300
Pulau di Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM85,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM65,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350
Sabah/Sarawak/Labuan
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000 – RM106,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470

Ciri-ciri bantuan bina rumah mesra rakyat

Reka Bentuk RMR

 

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMR :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

 

Semakan Status Kelulusan RMR

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

 

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-4250 378
Emel: spnb_kedahg@spnb.com.my
En. Ahmad Yamani Bin Zainol

Cawangan Melaka
No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Telefon: 06-288 4335 / 06-288 4770
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
En. Khairul Azhar Bin Abdullah