MYSARA 2024 : Bantuan Tambahan RM100 Untuk Penerima STR Yang Layak

MySARA 2024 : Bantuan Tambahan RM100 untuk penerima STR yang layak akan diberikan sekiranya individu tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan. Inisiatif tambahan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2024.

Pelaksanaan bantuan ini merupakan salah satu program bantuan dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana, penerima STR yang layak akan menerima bayaran tambahan untuk tempoh 12 bulan. Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut.

BANTUAN TAMBAHAN RM100 : MYSARA 2024

Untuk makluman, bayaran tambahan RM100 ini telah mula dilaksanakan bermula STR 2023 lagi. Namun, pada tahun ini ianya telah dinaiktaraf dimana penerima yang layak akan menerima bayaran untuk tempoh 12 bulan. Berbanding tahun lalu, ianya hanya disalurkan untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Dianggarkan, seramai 700 ribu rakyat Malaysia akan menerima bayaran pertama pada bulan Januari ini. Namun, ianya bergantung dengan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

TARIKH BAYARAN TAMBAHAN RM100

Pada tahun ini, bantuan MYSARA 2024 ini akan disalurkan kepada penerima STR yang layak untuk tempoh :

  • JANUARI 2024 sehingga DISEMBER 2024 (12 Bulan)

SEMAKAN MYSARA 2024

Sekiranya anda ingin membuat semakan, berikut kami kongsikan cara-caranya :

  • Layari portal rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2024

Untuk makluman anda semua, bayaran tambahan MYSARA 2024 ini hanya akan disalurkan kepada penerima STR yang menepati kelayakan seperti dibawah :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

KAEDAH BAYARAN

Bayaran Bantuan Khas RM100 ini akan dikreditkan setiap bulan kedalam MyKad anda untuk tempoh enam (12) bulan bermula Januari 2024 nanti dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1200.