Senarai Bantuan

BAP 2024 : Pemberian Bantuan Tunai RM150 Disalurkan Bulan Ini

BAP 2024 : Pemberian Bantuan tunai berjumlah RM150 secara one-off akan disalurkan pada bulan ini di seluruh negeri dalam Malaysia. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan dalam Belanjawan 2024.

BAP 2024 : PEMBERIAN BANTUAN RM150 (SEKALI BAYAR)

Pihak kerajaan perpaduan telah memaklumkan pemberian bantuan awal persekolahan (BAP) akan diagihkan berperingkat pada bulan Januari ini. Bayaran bernilai RM150 (sekali bayar) akan diberikan kepada setiap pelajar/ murid.

KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mengumumkan bantuan one-off ini akan memberi manfaat kepada sekitar 5,255,000 orang pelajar. Kaedah pembayaran akan dilakukan secara melalui pihak sekolah dan diagihkan kepada setiap murid secara tunai atau kredit ke dalam akaun.

Dengan adanya perlaksanaan bantuan awal persekolah pada tahun ini dapat membantu meringankan beban kewangan bagi pembelanjaan ibu bapa sempena persiapan persekolahan anak. Untuk makluman, peruntukan BAP tahun ini adalah sebanyak RM788 juta dan dilaksanakan setiap tahun.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN (BAP) 2024

Seperti sedia maklum, pemberian bantuan istimewa bernilai RM150 ini diberikan secara automatik tanpa perlu mohon. Syarat kelayakan asas adalah seperti dibawah :

  1. Warganegara Malaysia (Sahaja)
  2. Penerima merupakan seorang murid/ pelajar sekolah
  3. Pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf denganya bagi sesi tahun 2024
  4. Murid yang bersekolah di sekolah kerajaan (SK), Sekolah agama, bantuan sekolah kerajaan (SBK), Sekolah intergriti, sekolah swasta yang berdaftar dengan kerajaan, sekolah henry gurney dan sekolah bimbingan jalinan kasih.

KAEDAH BAYARAN & TARIKH SALURAN BANTUAN BAP

Pembayaran bantuan awal persekolahan (BAP) akan diberikan secara tebus tunai atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank pelajar. Tarikh saluran pembayaran dijalankan secara berperingkat pada bulan Januari 2024.

INISIATIF BANTUAN DALAM BELANJAWAN 2024

Selain BAP, terdapat inisiatif lain telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 khususnya bagi membantu rakyat yang memerlukan. Antara program yang telah dilancarkan pada awal tahun ini adalah MyLesen B2, BAP dan lain-lain lagi.