Senarai Bantuan

Jadual Tarikh Bayaran Bulanan PERKESO & Pencen Ilat 2024

Berikut dikongsikan tarikh bayaran bulanan PERKESO bagi tahun 2024 seperti yang tertera di portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Untuk makluman, PERKESO atau SOCSO menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang ditimpa malang.

Terbaru, PERKESO melancarkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bertujuan melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Melalui program SIP ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Pada tahun 2020 melalui insentif PENJANA, PERKESO turut memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah sehingga RM1,200 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

Baca juga: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Tarikh Bayaran PERKESO 2024

Bil Bulan Tarikh Bayaran Faedah Hari Catatan
1 Januari 31 Januari 2024 Rabu
2 Februari 1 Mac 2024 Jumaat
3 Mac 1 April 2024 Isnin
4 April 30 April 2024 Selasa
5 Mei 24 Mei 2024 Jumaat 30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
6 Jun 11 Jun 2024 Selasa 17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban
7 Julai 1 Ogos 2024 Khamis
8 Ogos 30 Ogos 2024 Jumaat
9 September 1 Oktober 2024 Selasa
10 Oktober 25 Oktober 2024 Jumaat 31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali
11 November 29 November 2024 Jumaat
12 Disember 19 Disember 2024 Khamis 25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas
Rujukan: eCentral

Pembayaran PERKESO 2024 akan dibuat mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • 31 Januari (Rabu)
  • 1 Mac (Jumaat)
  • 1 April (Isnin)
  • 30 April (Isnin)
  • 24 Mei (Jumaat)
  • 11 Jun (Selasa)
  • 1 Ogos (Khamis)
  • 30 Ogos (Jumaat)
  • 1 Oktober (Selasa)
  • 25 Oktober (Jumaat)
  • 30 Oktober (Jumaat)
  • 29 November (Jumaat)
  • 19 Disember (Khamis)

Kadar caruman ditentukan berdasarkan gaji bulanan.

Contohnya jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman sebanyak RM32.6 sebulan.

Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja.

Untuk info lanjut anda boleh rujuk jadual kadar caruman di sini.

Tentang PERKESO

Sumbangan PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang  berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan (termasuk yang bekerja sementara atau kontrak).

Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas.

Disebabkan oleh prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya telah melepasi RM3,000.

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka.

Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

Sama seperti KWSP, mana-mana majikan yang gagal mendaftar boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.

The post Jadual Tarikh Bayaran Bulanan PERKESO & Pencen Ilat 2024 appeared first on Semakan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *