CARA RENEW ROADTAX DAN LESEN MEMANDU MELALUI MYJPJ
Tahukah anda, bahawa anda boleh melakukan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu anda melalui aplikasi MyJPJ dengan beberapa klik sahaja.
Kemudahan ini, baru sahaja diperkenalkan Menteri Pengangkutan Jalan Raya, Anthony Loke sewaktu melakukan lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor
Untuk anda yang ingin mengetahui bagaimana cara melakukan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu MyJPJ?
Aplikasi MyJPJ ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilakukan bagi memudahkan urusan rakyat, yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.
Melalui aplikasi ini, Pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan LKM Digital dan LMM Digital melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ dan sudah tidak perlu membawa lesen fizikal mereka bersama.
Melalui aplikasi ini juga banyak kemudahan yang disediakan kepada pemandu-pemandu di Malaysia, antaranya, mereka boleh melakukan perkara-perkara berikut:
- Bidaan nombor kenderaan
- Semakan nombor terkini
- Semakan lesen kenderaan
- Semakan lesen memandu
- Semakan keputusan Ujian
- Semakan saman
- Semakan senarai hitam
- Pembaharuan Lesen Memandu
- Pembaharuan Cukai Jalan
Renew Roadtax & Lesen Memandu Melalui MyJPJ Bermula 1 Februari
Menurut Anthony Loke, pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu akan boleh dilakukan oleh semua warganegara Malaysia yang berdaftar melalui aplikasi MyJPJ mulai 1 Februari ini.
Perkara ini telah dilakukan bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara digital.
Untuk mengalakkan lagi orang ramai dalam penggunaan aplikasi MyJPJ ini juga, rebat sebanyak RM5 akan diberikan kepada individu yang melakukan pembaharuan cukai atau lesen bermula 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024 sahaja.
Cara Pendaftaran MyJPJ
Pengguna boleh mendaftar secara atas talian menggunakan ID Awam MySikap iaitu melalui portal awam JPJ atau terus melalui aplikasi MyJPJ.
Berikut dikongsikan cara pendaftaran MyJPJ Menggunakan ID Awam MySikap bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ.
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan Platform Digital JPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di peranti pilihan anda:
- Log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan ID MySikap yang telah ditetapkan.
- Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.
- Dan anda telah berjaya mendaftar masuk.
Baca: MyJPJ: Cara Pendaftaran & Semakan Road Tax Digital
Semakan Cukai Jalan Digital
Semakan cukai jalan atau roadtax ini boleh dilakukan dengan mudah di MyJPJ. Anda hanya perlu memilih SEMAKAN LESEN KENDERAAN di bahagian Menu, dan ia akan keluar seperti di bawah:
Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :
Cara Melakukan Pembaharuan Cukai Jalan (Renew Roadtax)
Bagi anda yang ingin melakukan pembaharuan e-LKM atau renew roadtax, anda boleh melakukannya dengan mengikuti tujuh (7) langkah mudah di bawah:
Semakan Lesen Memandu
Bagi melakukan semakan lesen memandu di MyJPJ, anda hanya perlu memilih SEMAKAN LESEN MEMANDU di bahagian menu, dan berikut adalah paparan yang akan keluar di peranti anda:
Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:
Cara Melakukan Pembaharuan Lesen Memandu di MyJPJ
Bagi anda yang ingin melakukan pembaharuan e-LMM, anda boleh melakukannya dengan mengikuti tujuh (7) langkah mudah di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat tambahan boleh diperoleh melalui Facebook Ministry Of Transport Malaysia dan juga terus melalui aplikasi MyJPJ.
The post Renew Roadtax & Lesen Memandu Melalui Aplikasi MyJPJ appeared first on Semakan Online.