Skim Perubatan Madani : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Skim Perubatan Madani merupakan satu skim yang diwujudkan di bawah kerajaan baharu bagi membantu golongan B40 mendapatkan rawatan perubatan secara percuma.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang skim ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Skim Perubatan Madani?

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Melalui skim ini ia menampung keperluan kesihatan golongan B40 dalam Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan) daripada pengamal perubatan swasta yang berdaftar.

skim-perubatan-madani

Objektif Skim

Objektif Skim Perubatan MADANI adalah: 

  • Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada Rawatan Sakit-sakit Ringan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja. 
  • Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Rawatan Sakit-sakit Ringan, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership – PPP)

Manfaat Skim Perubatan

Manfaat skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Sakit-sakit Ringan secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar.

Setiap kategori, layak menerima rawatan percuma berdasarkan kepada peruntukan yang telah diberikan kepada mereka seperti di bawah:

  • Isi Rumah: RM250
  • Warga Emas Tanpa Pasangan: RM 125
  • Bujang: RM75

Rawatan Yang Disediakan

Skim perubatan ini memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

Syarat Kelayakan Skim Perubatan Madani

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan menggunakan skim perubatan ini, pastikan anda telah memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 serta tanggungan yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
  2. Kelayakan adalah secara automatik
  3. Mereka yang layak, WAJIB mengisytiharkan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim tersebut daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain

Langkah Permohonan

Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI

  • Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman berikut
  • Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan membawa kad pengenalan anda dan pesakit
  • Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  • Langkah 4: Had manfaat skim ini akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat skim adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) seperti yang dinyatakan di Laman Rasmi ProtectHealth

Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan dan layak menggunakan skim perubatan Madani ini, anda boleh mencari klinik berdaftar di pautan berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics

Baca juga: Renew Roadtax & Lesen Memandu Melalui Aplikasi MyJPJ

The post Skim Perubatan Madani : Cara Permohonan & Syarat Kelayakan appeared first on Semakan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *