Bayaran Insentif Awal SSPA Kepada Penjawat Awam – Belanjawan 2024

Pada pembentangan Belanjawan 2024 yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2023 yang lepas, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tentang bayaran insentif awal buat penjawat awam.

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan bonus atau bayaran galakan ini. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lanjut.

Belanjawan 2024

Pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang lepas, Kerajaan MADANI telah melakukan pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen.

Bagi Belanjawan MADANI yang kedua ini, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukkan sebanyak RM393.8 bilion, dan jumlah ini merupakan Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.

Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:

  1. Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.
  2. Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
  3. Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton pebentangan Belanjawan 2024 ini anda boleh tonton di saluran berikut:

Insentif Awal Penjawat Awam SSPA

Salah satu intipati yang dibentangkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 adalah berkenaan pemberian bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Menurut Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia, bayaran ini dibuat sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

Menurut beliau lagi, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan

Bayar bil anda dengan mudah melalui aplikasi Shopee.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran ganjaran ini adalah seperti berikut:

  • Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak : RM2,000
  • Pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen: RM1,000
insentif penjawat awam 2024

Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2023 / 2024

Bagi anda yang layak menerima insentif ini, ia akan dibayar pada 23 Februari 2024 (Jumaat).

Pembayaran ini dilakukan pada tarikh tersebut bagi meringankan beban para penjawat awam dalam menghadapi persediaan sekolah anak-anak dan perayaan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

tarikh bayaran insentif sspa

Baca juga: Intipati Belanjawan 2024 : “Memperkasa Ekonomi Madani”

Isu Kenaikan Gaji Penjawat Awam (Cadangan CUEPACS)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengutarakan cadangan mereka berkenaan kenaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM 300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Menurut CUEPACS, kenaikan gaji sebanyak RM300 ini membantu dalam meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025

Diskaun sekurang-kurangnya 30% bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Pada masa yang sama, CUEPACS turut menyifatkan pemberian insentif sebanyak RM2,000 oleh kerajaan bagi semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebagai langkah yang terbaik.

Presiden Cuepacs menyatakan bahawa, ia insentif terbaik seumpamanya sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu kerana sebelum ini bayaran insentif adalah pada kadar RM500 hingga RM700 sahaja.

Beliau berkata, jadual pembayaran insentif itu menjelang Februari tahun depan juga tepat pada masanya bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

The post Bayaran Insentif Awal SSPA Kepada Penjawat Awam – Belanjawan 2024 appeared first on Semakan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *