Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengumumkan bahawa warganegara Malaysia, boleh kongsi lesen kenderaan motar digita (e-LKM) mereka melalui aplikasi MyJPJ.
Berikut akan kami kongsikan kepada anda cara-cara melakukan perkongsian e-LKM menggunakan aplikasi MyJPJ ini. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lagi.
Aplikasi MyJPJ
Aplikasi MyJPJ ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilakukan bagi memudahkan urusan rakyat, yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.
Melalui aplikasi ini, pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan e-LMM melalui Aplikasi MyJPJ dan sudah tidak perlu membawa lesen fizikal mereka bersama
Selain itu, dengan kewujudan portal ini, pemilik kenderaan tidak perlu menampal pelekat lesen kenderaan motor (Roadtax) di kereta mereka, kerana semuanya boleh dilihat melalui aplikasi ini.
Aplikasi MyJPJ ini juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mampu memudahkan urusan anda sebagai pemandu dan pemiliki kenderaan.
Antara perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini ialah:
- Bidaan nombor kenderaan
- Semakan nombor terkini
- Semakan lesen kenderaan
- Semakan lesen memandu
- Semakan keputusan Ujian
- Semakan saman
- Semakan senarai hitam
- Pembaharuan Lesen Memandu
- Pembaharuan Cukai Jalan
Fungsi Kongsi e-LKM
Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, melalui aplikasi MyJPJ, anda tidak perlu lagi menampal Lesen Kenderaan Motor (LKM) di cermin kereta, kerana ia boleh disemak melalui aplikasi ini.
Oleh itu, Kongsi e-LKM ini diwujudkan bagi membolehkan pemilik kenderaan berkongsi LKM Digital mereka dengan individu yang menggunakan kereta mereka dengan melalui aplikasi ini.
Maklumat e-LKM yang dikongsi akan wujud di Profil Pengguna penerima di ruangan ‘LKM Dikongsi’. Hal ini akan memudahkan urusan pemilik dan pengguna kenderaan tersebut terutama jika adanya sekatan jalan raya.
Cara Kongsi e-LKM
Bagi anda yang ingin melakukan perkongsian e-LKM anda boleh lakukannya dengan cara berikut:
A. Pemilik LKM
- Klik Profil;
- Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
- Pilih dan klik LKM yang hendak dikongsi;
- Klik butang ‘Kongsi LKM’;
- Masukkan nombor Kad Pengenalan penerima. Semakan nombor Kad Pengenalan dibuat dengan rekod mySIKAP;
- Masukkan tempoh LKM dikongsi;
- Tekan butang ‘Hantar’; dan
- Mesej pengesahan dipaparkan dan Kod Pengaktifan turut dipaparkan. Pemilik perlu memberikan kod ini kepada penerima untuk mengaktifkan LKM di aplikasi MyJPJ
penerima.
*NOTA: Sistem tidak memberikan kod secara automatik bagi mengurangkan risiko salah perkongsian LKM. Pemilik perlu memberikan kod secara manual.
B. Penerima LKM
- Klik Profil;
- Klik tab Lesen Kenderaan Motor;
- Paparan LKM dikongsi dengan status ‘tidak aktif’ di ruangan LKM Dikongsi;
- Jika LKM tiada di dalam senarai, klik butang ‘Jana Semula’;
- Pilih LKM dan masukkan Kod Pengaktifan yang diberikan oleh pemilik LKM;
- Klik ‘Hantar’; dan
- LKM telah aktif dan boleh digunakan. Jika status belum berubah, klik butang ‘Jana Semula’.
Cara Daftar Aplikasi MyJPJ
Terdapat beberapa cara pendaftaran aplikasi ini. Pengguna boleh mendaftar secara atas talian menggunakan ID Awam MySikap iaitu melalui portal awam JPJ atau terus melalui aplikasi MyJPJ.
Pengguna juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak JPJ.
Namun begitu, orang awam digalakkan mendaftarkan akaun mereka secara digital melalui portal awam JPJ di pautan ataupun melalui aplikasi bagi memudahkan urusan.
Berikut dikongsikan cara pendaftaran MyJPJ Menggunakan ID Awam MySikap bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ.
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan Platform Digital JPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di peranti pilihan anda:
- Log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan ID MySikap yang telah ditetapkan.
- Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang persoalan berkenaan kongsi e-LKM ini, anda boleh dapatkan jawapan melalui aplikasi MyJPJ atau hubungi pegawai bertugas melalui cara di bawah:
- Emel: infodigital@myjpj.gov.my
- No. Tel: 03-27242522
Anda juga boleh membaca FAQ yang disediakan di bawah bagi mengetahui lebih lanjut tentang kongsi LKM digital ini:
The post Kongsi e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ Dengan Mudah appeared first on Semakan Online.