SKIM AIR DARUL EHSAN 2024: AIR PERCUMA SETIAP BULAN

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai Skim Air Darul Ehsan 2024 untuk makluman semua yang layak di luar sana.

Apa Itu Skim Air Darul Ehsan 2024?

Skim Air Darul Ehsan atau SADE adalah air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada mereka yang layak.

Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dan masih diteruskan pada tahun 2024 oleh Kerajaan negeri Selangor.

Melalui bantuan ini, lebih sejuta rakyat atau 285,673 akaun penerima air percuma itu menerima tanggungan kos yang meningkat RM1.60 kepada RM13 bagi setiap isi rumah.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menambah pentadbiran negeri bagi menampung peningkatan kos dari RM31.8 juta kepada RM37.3 juta setahun, manakala RM2 juta untuk rumah ibadah dan kebajikan.

Secara keseluruhan, tanggungan kos Kerajaan negeri bagi pemberian air percuma melalui SADE dan penyerapan peningkatan tarif air rumah ibadah dan rumah kebajikan ini dianggarkan adalah RM40 juta setahun.

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Tujuan Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan dasar ini adalah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat negeri Selangor.

Skim Air Darul Ehsan 2024: Air Percuma Setiap Bulan 1

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Air Darul Ehsan 2024

Syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan / bujang).
  3. Premis kediaman mempunyai meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB / MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Skim Air Darul Ehsan 2024: Air Percuma Setiap Bulan 2

Cara Membuat Permohonan Skim Air Darul Ehsan 2024

Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

Permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang berikut:
>>>Inisiatif Peduli Rakyat SSIPR<<<
Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
>>>Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan 2024<<<
Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).
Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Skim Air Darul Ehsan 2024

Rayuan Permohonan

Pemohon yang telah mendaftar untuk program Inisiatif Peduli Rakyat di portal Smart SSIPR dan telah mengemukakan permohonan Skim Air Darul Ehsan secara atas talian (online) dan berstatus gagal, pemohon hanya perlu ‘login’ sistem SSIPR di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login dan tekan butang ‘Permohonan Rayuan’ di bahagian bawah paparan skrin permohonan Skim Air Darul Ehsan tersebut.

Sila kemaskini maklumat permohonan yang terkini dan tekan butang ‘Hantar’.

Pemohon juga boleh memuat turun Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan di laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com dan hantar borang yang lengkap dengan maklumat terkini ke iprair@airselangor.com atau mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.