eGUMIS 2024 : Cara Claim Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online. wang tidak dituntut (WTD) telah disediakan bagi mengenalpasti sekiranya individu mempunyai wang yang boleh dituntut. Untuk makluman, terdapat ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu kewujudan kemudahan ini.

Wang Tidak Dituntut

Bagi pengetahuan umum, kerajaan telah memaklumkan bahawa tahun lepas sekitar jumlah 11 bilion wang tidak dituntut masih belum dituntut. Sekarang dengan peredaran masa dan teknologi tinggi, semakan WTD boleh dilakukan secara online tanpa perlu ke kaunter.

Wang Tidak Dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber yang perlu dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar lebih dari setahun. Wang dalam bentuk kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan empunya dengan apa cara sekali pun dalam tempoh lebih dari 7 tahun.

WTD juga termasuk dari wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang sudah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga lebih dari 2 tahun. Setiap individu boleh membuat semakan sama ada mempunyai WTD atau tidak pada tahun ini.

Cara Semakan Wang Tidak Dituntut

Menyemak Wang Tidak Dituntut boleh dilakukan sendiri melalui beberapa kaedah berikut:

  • Di kaunter Pejabat Pendaftar WTD
  • Pejabat Negeri dan Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  • Semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia

Semakan WTD Secara Online eGumis

  1. Pergi ke laman rasmi https://egumis.anm.gov.my/
  2. Sila buat pendaftaran terlebih dahulu
  3. Log masuk ke portal semula dengan username dan password yang telah didaftarkan
  4. Kemaskini maklumat pengguna
  5. Tekan “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk membuat semakan
  6. Paparan wang akan dipaparkan menunjukkan berapa baki wang tidak dituntut yang ada