SARA 2024 : Kategori Penerima RM300-RM600 Akan Disalurkan Isnin Ini, Kerajaan telah memperkenalkan geran rahmat asas (sara) kepada penerima str. Bantuan ini adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima str yang layak sahaja.
Bantuan ini akan diberikan secara berfasa dan minimum jumlah bayaran tambahan diterima adalah RM150 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori kelayakan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang.
Jumlah tersebut akan diagihkan pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai.
Semoga program ini dapat meningkatkan pendapatan sara hidup dan kuasa beli di kalangan rakyat di Malaysia.
Kelayakan SARA
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Status Miskin Tegar / Miskin eKasih data eKasih ICU, JPM sehingga 31 Oktober 2023
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):