Permohonan Bantuan Kebajikan Masyarakat JKM Februari 2024

eBantuan JKM: Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

 

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Pengumuman Syarat Kelayakan Bantuan JKM 2024

Bagi tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU.

Justeru, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

bantuan jkm 2024

Pengenalan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM)

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

11 Jenis Bantuan JKM 2024

Terdapat 11 jenis Skim eBantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

bantuan jkm 2021

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Berikut diterangkan cara permohonan dan pautan untuk setiap bantuan di atas.

Skim Bantuan Bulanan (eBantuan JKM)

Daripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.

#1 Bantuan Kanak-kanak

Kadar Bantuan

  • Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :
    • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
    • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
    • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

#2 Bantuan Anak Pelihara

Kadar Bantuan

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

#3 Bantuan Warga Emas

Kadar Bantuan

  • RM500 sebulan seorang.

Syarat-syarat

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
i.  Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

#4 Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Kadar Bantuan

  • RM450 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang kad OKU JKM;
  4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00  dan ke bawah; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

#5 Bantuan Am Persekutuan

Kadar Bantuan

  • RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Syarat-syarat

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

#6 Bantuan Am Negeri

Kadar Bantuan

  • Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

#7 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kadar Bantuan

RM300 seorang sebulan.

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

#8 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  5. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

#9 Bantuan Latihan Perantis

Kadar Bantuan

RM200 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Maklumat lanjut tentang Bantuan Bulanan JKM :

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09