Akaun Simpanan Maybank Yippie-i: Syarat & Cara Daftar

Akaun Simpanan Yippie-i merupakan satu akaun simpanan yang boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga untuk anak jagaan mereka demi masa depan yang lebih cerah.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Akaun Simpanan Yippie-i?

Akaun Simpanan Yippie merupakan akaun simpanan di bawah Maybank yang khas diwujudkan bagi kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.

Akaun Simpanan Yippie-i pula merupakan akaun simpanan yang sama cuma ia mengikut tuntuntan Islam, dimana ianya adalah berdasarkan prinsip Qard.

Prinsip Qard ini ialah kontrak pinjaman wang, yang biasanya bukan keuntungan, antara jurubank (sebagai peminjam) dan pendeposit (sebagai pemberi pinjaman).

Akaun simpanan ini berfungsi sama seperti akaun amanah, di mana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pemegang akaun bersama sehingga anak tersebut berumur 18 tahun.

akaun simpanan Yippie-i

Syarat Kelayakan

Akaun Simpanan Yippie ini boleh dibuka oleh semua kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dengan usia penjaga tidak boleh melebihi 60 tahun.

Jika anda atau pasangan merupakan warga asing, anda hanya perlu memastikan anda membawa passport bersama dokumen sokongan seperti di bawah sewaktu pembukaan akaun:

  • Visa pelajar yang sah
  • Permit kerja
  • Surat pengesahan daripada majikan.

Kaedah Pendaftaran Akaun

Pendaftaran Akaun Yippie-i ini hanya boleh dilakukan di cawangan Maybank sahaja. Oleh itu, anda boleh membawa anak jagaan anda bersama dokumen di bawah ke cawangan Maybank berhampiran anda:

  • Dokumen Anak Jagaan:
    • Sijil Lahir
    • MyKid
  • Dokumen Ibu bapa / Penjaga
    • Kad Pengenalan (IC) (Rakyat Malaysia)
    • Pasport (Warga Asing)

*NOTA: Bagi penjaga warga asing anda perlu menyediakan dokumen sokongan lain yang mungkin diperlukan seperti permit kerja/pelajar yang sah, visa yang sah, surat pengesahan daripada Majikan/Institusi Pendidikan (yang mana berkaitan)

Kelebihan Maybank Yippie-i

Banyak kelebihan atau manfaat yang boleh diperoleh anak jagaan anda yang berdaftar dengan Yippie-i ini. Antara kelebihan yang boleh diperolehi ialah:

  • Kadar Deposit Tetap 1 bulan pada baki akaun anda jika anda membuat SATU pengeluaran sebulan selama 6 bulan berturut-turut, iaitu dari 1 Januari hingga 30 Jun, dan dari 1 Julai hingga 31 Disember
  • Perlindungan Takaful percuma sehingga RM70,000 untuk anda dan anak anda.
  • Benefisiari anda juga akan diberikan kad debit, yang boleh diakses di lebih 5,800 ATM di seluruh negara dan rangkaian PLUS di seluruh dunia.
  • Anda juga akan mendapat kemudahan mengurus keperluan perbankan anda melalui Maybank2u.
  • Ganjaran wang tunai untuk pelajar cemerlang peperiksaan PT3, SPM, STPM/A-Level dan peringkat pengajian tinggi yang mempunyai simpanan sebanyak RM1,000 semasa tahun peperiksaan sehingga tarikh penyerahan Anugerah Tunai:
Peperiksaan Pencapaian Ganjaran
SPM 8As / A+ RM200/akaun
STPM/A-Levels 5As / 4As and MUET Grade 6 RM300/akaun
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas 1 RM500/akaun
akaun simpanan Yippie-i

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang Akaun Maybank Yippie-i ini anda boleh terus ke laman rasmi Maybank atau hadirkan diri ke cawangan Maybank berdekatan dengan anda bagi mendapatkan jawapan.

Baca juga: Kongsi e-LKM Melalui Aplikasi MyJPJ Dengan Mudah

The post Akaun Simpanan Maybank Yippie-i: Syarat & Cara Daftar appeared first on Semakan Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *