Bank Simpanan Nasional telah mewujudkan aplikasi mudah alih MyBSN untuk memudahkan urusan pelanggan mereka.
Bagi anda yang merupakan pelanggan perkhidmatan Bank ini, pastikan anda terus bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Apa itu Aplikasi Mudah Alih MyBSN?
Sebelum ini MyBSN merupakan portal internet yang diwujudkan oleh Bank Simpanan Nasional bagi memudahkan urusan pelanggan mereka.
MyBSN ini mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Namun begitu versi baharu telah diwujudkan oleh BSN dalam bentuk aplikasi mudah alih. Melalui aplikasi ini, pengguna bank BSN tidak perlu bersusah payah membuka laman web bagi mengakses ke akaun mereka.
Sekarang dengan hanya membuka aplikasi di telefon pintar pengguna sudah boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan BSN seperti di bawah.
Ciri-ciri Aplikasi MyBSN
Berikut merupakan perkhidmatan yang boleh anda gunakan jika anda mempunyai aplikasi MyBSN ini:
- Pertanyaan Akaun
- Melalui aplikasi mudah alih MyBSN ini anda boleh melihat butiran akaun, baki dan sejarah transaksi anda (Simpanan/ Semasa/ Kad Kredit) dengan hanya beberapa ketik di telefon pintar anda.
- Pindahan Dana
- Anda juga boleh melakukan pemindahan dana ke akaun sendiri dan pihak ketiga (Simpanan/Semasa/Kad Kredit/Pinjaman/Pembiayaan) menggunakan aplikasi MyBSN ini
- Safe Switch
- Aplikasi MyBSN ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan layan diri yang membantu melindungi dana anda dan menyekat transaksi yang tidak dibenarkan.
- QR Pay
- Anda juga boleh melakukan pembayaran tanpa tunai. Imbas, bayar dan pergi, dengan menggunakan aplikasi ini.
- DuitNow
- Pindah, terima dan bayar kad kredit atau akaun pinjaman/ pembiayaan dengan serta-merta.
- ID Biometrik / Muka & Cap Jari
- Melalui aplikasi ini anda tidak perlu memasukkan kata laluan kerana ia mempunyai ciri fizikal yang unik untuk mengesahkan identiti anda.
Cara Mendaftar & Mengaktifkan Akaun
Bagi anda yang ingin mengaktifkan akaun anda melalui aplikasi mudah alih MyBSN, anda perlu pastikan anda sudah mendaftar dan mengaktifkan akaun BSN Online anda terlebih dahulu.
DAFTAR BSN ONLINE
1. Layari laman rasmi BSN dan tekan butang “Register“
2. Tekan butang “Accept” pada bahagian “First Time Registration”
3. Lengkapkan maklumat yang diminta berkenaan Kad Debit/Kad Kredit anda.
4. Masukkan maklumat peribadi yang diminta.
5. Masukkan ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan pilihan anda dan tekan “Request OTP”
6. Setelah menerima nombor OTP, masukkan enam digit tersebut kedalam ruang yang disediakan, dan pilih satu gambar dari senarai yang diberikan bagi tujuan pengesahan nanti.
7. Pendaftaran anda telah selesai. Jika ia berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.
Anda juga boleh tonton video di bawah bagi panduan pendaftaran yang lebih terperinci:
DAFTAR MyBSN
Setelah selesai mendaftar BSN Online, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyBSN dibawah dan lakukan pendaftaran dengan cara berikut:
Setelah memuat turun aplikasi mengikut peranti anda, lakukan langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan akaun anda:
- Klik pada ikon Get Started dan terus klik butang Login.
- Masukkan Nama Pengguna dan semak Gambar Keselamatan anda. Masukkan Kata Laluan yang sah mengikut butir-butir Perbankan Internet myBSN anda.
- Skrin welcome akan muncul dan teruskan dengan persediaan BSNSecure untuk pengaktifan.
- Masukkan butiran anda dan terima 6-digit kod pengaktifan SMS OTP pada telefon mudah alih berdaftar anda untuk pengesahan.
- Anda telah berjaya mendaftar. Sila berikan minimum 12 jam untuk tempoh pengaktifan dan ia akan sedia digunakan.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan aplikasi MyBSN ini anda boleh terus ke laman rasmi Bank Simpanan Nasional atau anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka di bawah:
- Dalam Negara: 1300 88 1900
- Luar Negara: +603-2613 1900
Baca juga: Akaun Simpanan Maybank Yippie-i: Syarat & Cara Daftar
The post Aplikasi MyBSN : Ciri-Ciri & Cara Pengaktifan Akaun appeared first on Semakan Online.