Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Bermula 10 Mac 2024. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya melalui bajet 2024 yang telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Antaranya apabila kerajaan bersetuju meneruskan bantuan awal persekolahan (bap).

Bantuan BAP

Bantuan awal persekolahan (bap) merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan anak-anak untuk kembali ke sekolah.

Kadar bantuan ini adalah sebanyak rm150 dan akan diberikan secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak. Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan kepada setiap pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Oleh itu, setiap kanak-kanak yang bersekolah layak menerima rm150 seorang. Jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima bap sebanyak rm450.

Syarakat Kelayakan

  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah seperti berikut:
    1. Murid warganegara Malaysia;
    2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
    3. Murid bersekolah di:
      • Sekolah Kerajaan (SK);
      • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
      • Sekolah Agama;
      • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
      • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
      • Sekolah Integriti; dan
      • Sekolah Henry Gurney.

Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyak akaun KWK

Pengagihan BAP dibuat secara:

  • Tunai; ATAU
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Pemberian Bantuan BAP 2024

  • 11 Januari 2024 – Bagi murid sedia ada
  • 10 Mac 2024 – Bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Rasmi: Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1445H / 2024M Bagi Seluruh Negeri

 

The post Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Bermula 10 Mac 2024 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.