Bantuan SARa atau Sumbangan Asas Rahmah telah mula dikreditkan sejak 22 Januari 2024 dan ramai yang telah berjaya menerima bayaran sehingga hari ini.

Melalui bantuan tambahan STR ini, 700,000 penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Pengagihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Melalui MyKasih Foundation

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

mykasih sara str

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

The post SARA 2024 : Cara Semak Baki Kredit SARA appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.