Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Kelayakan. Semasa pembentangan bajet 2024, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian sumbangan tunai rahmah (str) dengan jumlah peruntukan meningkat kepada rm10 bilion berbanding rm8 bilion pada 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Kerajaan telah bersetuju untuk terus melancarkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Apa yang menarik adalah jumlah keseluruhan bantuan telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.
Bukan itu sahaja, pemberian bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah juga turut diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Ini bermakna akan lebih ramai penerima STR akan dapat manfaat yang diberikan secara percuma.
Bagi pengetahuan umum, pembayaran bantuan khas STR akan diagihkan secara berperingkat pada tahun ini sama seperti tahun lalu. Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.
Baca juga disini –> Terkini : Bantuan Khas Raya Aidilfitri RM1200 Mula Dikreditkan Secara One – Off
Tarikh Bayaran
Di bawah adalah jadual pembayaran bantuan tunai MySTR bagi tahun ini seperti berikut :
- Pengagihan bantuan STR fasa 1 : Februari 2024 (Telah diawalkan pada 29 Januari 2024)
- Pengagihan bantuan STR fasa 2 : April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
- Pengagihan bantuan STR fasa 3 : Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
- Pengagihan bantuan STR fasa 4 : November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
Info : Dijangkakan bayaran bagi STR fasa kedua akan mula disalurkan pada awal bulan hadapan sebelum menyambut perayaan raya aidilfitri. Tarikh bakal diambil bagi meringankan beban persiapan rakyat bagi sambutan raya nanti.
Jumlah Bayaran
Kerajaan telah menetapkan jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut kategori pada tahun ini seperti di bawah.
KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG
- Belia bujang (21 tahun dan keatas) : RM350
- Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas) : RM600
KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2500
- Tiada anak (0) : RM1,000
- Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,500
- Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM2,000
- Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM2,500
ISI RUMAH – PENDAPATAN RM5000
- Tiada anak (0) : RM500
- Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM750
- Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,000
- Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM1,250
Cara Semakan
Berikut adalah merupakan kaedah untuk melakukan semakan status:
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
- KWSP Akaun 3 : Tarikh Pelaksanaan Pengeluaran & Syarat Kelayakan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Bayaran Kredit RM100 Dalam Mykad
- Bantuan Kewangan BWE RM500 Disalurkan Setiap Bulan
The post Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Kelayakan appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.