Bantuan Khas Raya – Pihak kerajaan negeri baru-baru ini telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam dan buat julung kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung.

Bantuan Khas Raya RM1,000 Penjawat Awam & Ketua Kampung

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata selain penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

Bantuan Khas Raya

“Buat julung kalinya juga, bantuan ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini malam ini.

Bantuan Akan Memanfaatkan 8,804 Penerima

Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam

negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

The post Bantuan Khas Raya RM1,000 Untuk Penjawat Awam & Ketua Kampung appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.