Cadangan Kenaikan Gaji Minimum RM3,000 Buat Graduan Mungkin Jadi Realiti

Gaji yang rendah sudah semestinya terasa sempit untuk menjalani hidup yang semakin ‘keras’ pada ketika ini.

Antara faktor yang menyebabkan ramai lepasan universiti menganggur adalah disebabkan oleh gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Isu berkenaan gaji rendah serta kerja yang tidak sepadan dengan kelayakan sering menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat.

Menerusi perkembangan baharu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyatakan cadangan gaji minimum RM3,000 buat graduan mungkin menjadi realiti.

Menurut laporan Buletin TV3, cadangan yang dikemukakan itu sudah pun di peringkat awal perbincangan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

“Saya difahamkan akan ada cadangan kertas putih yang akan dibentangkan. Jadi kita akan serahkan kepada kedua-dua kementerian tersebut untuk menyediakan pendekatan dan cadangan baharu yang nak dikemukakan,” katanya.

Namun, beliau berkata pendekatan yang mungkin dilaksanakan itu perlu mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk soal gaji graduan KPT.

Netizen sokong cadangan gaji RM3,000

Meninjau ke ruangan komen laporan itu, majoriti pengguna media sosial meluahkan kelegaan berhubung cadangan gaji minimum tersebut.

Namun, pada masa yang sama netizen juga merasakan kenaikan tangga gaji itu sukar diikuti daripada pihak majikan yang boleh menyebabkan ramai graduan akan menganggur.

Apa pandangan korang pula?

The post Cadangan Kenaikan Gaji Minimum RM3,000 Buat Graduan Mungkin Jadi Realiti appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.