Kepada pada pelajar yang akan dan sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama IPTA atau IPTS atau universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Sains, anda kini boleh memohon biasiswa pengajian melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Biasiswa MyBrainSc 2024.
Untuk makluman, Biasiswa MyBrainSc 2024 adalah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang Sains tulen.
Biasiswa ini adalah salah satu agenda KPT bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
Oleh itu, permohonan bagi Biasiswa MyBrainSc telah dibuka secara atas talian bermula 20 Mac 2024 sehingga 19 April 2024 ini.

Matlamat Biasiswa MyBrainSc
Antara matlamat pelaksanaan Biasiswa MyBrainSc seperti yang digariskan oleh KPT ialah:
- Untuk melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan Universiti Awam.
- Menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.
- Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate.
- Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan melalui Biasiswa MyBrainSc adalah seperti berikut:
- Fizik
- Biologi
- Kimia
- Matematik
Syarat Permohonan Biasiswa MyBrainSc
Pemohon yang berminat untuk memohon Biasiswa MyBrainSc perlu memenuhi syarat-syarat permohonan berdasarkan peringkat pengajian:
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA KEDOKTORAN (PhD)
Bagi anda yang ingin memohon biasiswa MyBrainSc 2024 di peringkat PhD, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi:
- Pemohon mestilah adalah warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025.
- Pemohon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang Sains tulen.
- Pemohon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
- Pemohon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
- Pemohon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Pemohon yang sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh KPT.
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA IJAZAH SARJANA (MASTER)
Bagi anda yang ingin memohon biasiswa MyBrainSc 2024 di peringkat Sarjana (Master) , berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2025.
- Pemohon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh.
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
- Mod pengajian pemohon mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh KPT.
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA IJAZAH PERTAMA
Bagi anda yang ingin memohon biasiswa MyBrainSc 2024 di peringkat Ijazah Pertama (Degree) , berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Umur pemohon tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2025.
- Pemohon telah memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level.
- Pemohon yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level.
- Pemohon belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
Cara Memohon Biasiswa MyBrainSc
Pemohon yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah membuat permohonan Biasiswa MyBrainSc seperti berikut:
- Layari laman web Biasiswa MyBrainSc/
- Klik bahagian ‘Log Masuk’ dan klik ‘Daftar Baru.’
- Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk semula dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat permohonan dengan betul dan lengkap.
- Pastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
- Scan semua dokumen sokongan dan simpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik. Dokumen yang diambil menggunakan kamera tidak akan diterima.
- Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
- Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
- Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.
- Jika tiada dokumen asal, pemohon boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik ketika membuat permohonan Biasiswa MyBrainSc adalah seperti berikut:
- PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH KEDOKTORAN (PHD) :
- Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Transkrip penuh Ijazah Pertama.
- Skrol Ijazah Sarjana.
- Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
- Surat Tawaran Universiti (jika ada)
- Jika transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.
- PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH SARJANA
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Transkrip penuh Ijazah Pertama.
- Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
- Surat Tawaran Universiti (jika ada).
- PERMOHONAN BIASISWA IJAZAH PERTAMA
- Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
- Gambar berukuran passport.
- Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT.
- Surat Tawaran Universiti (jika ada).
Soalan Lazim
Pemohon yang telah memulakan pengajian perlulah mempunyai baki 2 semester atau setahun pengajian tertakluk kepada tempoh surat tawaran asal universiti.
Pemnohon perlu mendapat tawaran tempat pengajian dan
diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang dipersetujui oleh Kementerian; dan wajib mengambil salah satu peperiksaan IELTS/TOEFL dan mencapai skor minimum yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
Calon yang berjaya melepasi saringan syarat-syarat permohonan, wajib menduduki Ujian Psikometrik secara atas talian sahaja dalam tempoh yang ditetapkan. Pemakluman akan di buat melalui email dan SMS.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui sistem di pautan
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/ setelah hebahan dibuat. Pemohon akan menerima email dan SMS pemakluman yang telah didaftarkan di dalam sistem.
Calon yang berjaya temu duga akan menerima surat tawaran bersyarat dan wajib menyerahkan Borang Setuju Terima dalam tempoh 14 hari bekerja. Kegagalan untuk menghantar borang tersebut mengakibatkan penawaran terbatal.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa MyBrainSc 2024, sila hubungi Seksyen Pra-Perkhidmatan KPT di talian 03-8888 1616 (Hotline)/03-8870 6341/03-8870 6352.
Atau;
boleh e-mel kepada itbiasiswa@mohe.gov.my jika terdapat sebarang persoalan/masalah teknikal.
The post MyBrainSc KPT 2024: Cara Permohonan & Syarat Kelayakan appeared first on Semakan Online.